Thursday, December 17, 2009

Susu & Disposable Diapers

Ni post utk ibu2/mak2 yang ada anak yang still gunekan diapers dan minum susu botol (yg gune cawan pon bole, heheh). Aku dah jumpe satu tempat yg agak murah la untuk shopping kedua2 barang di atas. Memandangkan aku stay kat Seremban, so aku nk bgtahu la sume org Seremban supaya shopping susu kat Family Store Cengal. Aku nk describe detail2 susah sket la sebab yg tunjuk jalan kat aku pon membe tmpt keje aku. Kalau ada sesapa yg nk minta peta, sila la msg or tinggalkan pesanan kat blog aku nih.

Aku beli susu S26 Gold 900mg biasanya dalam RM70-RM72 ringgit. Aku sgt terkejut sebab aku tgk kat FS Cengal tu, aku dapat harga RM62.80. wahhh!! Terkaku kejap sambil meloncat2 (dalam hati) kegembiraan. Enfalac A+ tak jauh sangat bezanya.. dalam RM1 jek kalau tak silap aku.

Diapers plak, untuk Fitti Basic M80, aku dapat dalam harga RM27.++, paling murah la pernah aku jumpe kat Seremban ni. Kat kedai Manjaku pon paling murah aku dapat RM30 utk diapers yg same. Tp kakak aku bole dapat harga lagi murah kat Terengganu, tp takkan aku nk import dari sana kot. Hahahaha. Untuk diapers Huggies (the best among the best) aku ble dapat dengan harga RM32.90 kat Econsave, kat Manjaku dalam RM34.++. Jangan la beli kat Tesco atau Giant pampers huggies nih, sangat la mahal.

So, sape nk tahu harga pampers/susu atau barang2 baby yang murah terutama sesiapa yg duduk di Terengganu, sila hubungi kakak aku Neyhan: Memoirs to share

Sukan Sea Laos: Malaysia Vs Vietnam 1-0

Yahoo. Aku sangat happy sebab Malaysia menang sejak 28 tahun tak menang. Aku yang jarang sgt tgk bola pon bole tersangkut kat depan TV tgk bola sampai habis. Caya la Malaysia! Aku bangga dengan pemain2 yang telah bertungkus lumus memastikan Malaysia menang td. Walaupon aku terasa mcam referee tu bias la.. cehh. hahahah.

So I think they deserve to be awarded with something2 that can encourage them to play better and better, serta mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia.

MALAYSIA BOLEH

Tuesday, November 10, 2009

Iklan Nuffnang Statik

Salam semua! Aku nk share satu bende yang aku rasa sangat bagus untuk blogger2 yang rajin macam aku. Hahaha.. Blogger yang ada akaun Nuff, sila baca yeh!

Sedang aku blog walking (ntah mana2 aku sampai), aku terjumpe satu blog ni yang cantik layout die. So aku browse through and found something pasal nuff. Macam mana nk letak iklan statik nuff macam kat blog aku ni?

Letak arahan ini <div style="bottom: 5px; position: fixed; right: 5px;">Letak Kod Nuffnang Sini</div> untuk kod skyscrapper tu.

Untuk penjelasan lanjut, sila lihat entry ini http://unwanted86.blogspot.com/2009/11/letak-iklan-nuffnang-statik.html

Lepas ni, klik2 senang la. takde la tercari2 :)

Saturday, October 31, 2009

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
Riwayat Anas Bin Malik

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party– Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami.

Monday, October 26, 2009

Buah Keranji



Buah keranji yang beso. Aku sangat suke makan buah ini, masam2 manis. Buah keranji beso ini yang susah sket nk jumpe sebab pokok keranji ni tumbuh dalam hutan dan buah ini telah dibeli ketika beliau dalam perjalanan pulang dari serting ke kuala terengganu daripada orang asli yang menjual di tepi jalan raya. Puas hati dapat makan buah keranji yang besar. Yummm.

TV and Dryer

After spending a few days at my sis house during confinement leave, it occurred to me that i need to have one too at home. It's the Dryer. Hahaha. Easy, hassle free and you can wash your clothes anytime you want, be it during the day, night, rain.. etc.

My previous tv was small and cheap. I've been using it for 2 years since I started working. I'm comfortable with it and fullfilled my tv needs. However 2 days ago, I have the urge of buying something which is my dream phone (Iphone 3Gs). So I persuaded my husband to go to maxis to buy it. Unfortunately the shop was closed and at the same time we passed by an electrical/electronic shop. I said "Let stop by at this shop" and my husband agreed.

First thing I saw were rows of tv, LCD tvs from various brands. Wow but yet expensive, not on my priority list. I was brought by the salesgirl to the dryer/washing machine section. Yes, there are dyers but only two choices. People don't buy dryer these days? Maybe they bought the washing machine that has dryer function. So, choose: Electrolux or Europa? I knew Electrolux but Europa?? Europa is cheaper and the shopkeeper said this one is better in terms of service, parts and blaa.. bla.. My husband also liked that one and he said he heard bout Europa brand before.

So decision has been made. Europa it is. 6kg load. Initial price was RM1399 --> RM1300 --> RM1280 --> RM1200 --> RM1150. Ok deal. Then I realized my husband is not with me.. Aha! He's at the tv section. He wanted to buy a TV. But I thought he wants to wait till the end of the year, much cheaper he said. I just let him be, enjoying myself, window shopping. He decided to buy a 32" Toshiba LCD tv cost RM1599 --> RM1500. That's the cheapest I could get for him. Sigh.




Well, after we got our 2 items, I'm so happy and eager to try my dryer. Haha. Functioning very well, only need a suitable space to put it. As for the TV, the signal is not very good, can't enjoy the sharp view of the TV. I was thinking of having ASTRO but he did not want to waste more money. So we bought an outdoor antenna. Now waiting for him to return and assemble the antenna so I can watch my fav program clearly, not with dots and blots covering Derek and Meredith faces.


Thursday, October 22, 2009

Majlis bercukur Amir Mukhlis

      Majlis ni berlangsung di Kg Telok Kandis, Pendek, Kelantan pada 29/9/2009. Majlis yang lahir dari idea spontan mamanya (aku la tuh) ini berjalan dengan lancar. Subuh2 hari dah bangunkan die, salin baju (tak mandi pon, sejokk) dan feeding. Nasib baik die memang jenis suka tido waktu pagi, so senang la nk prepare die. 
           Sepanjang majlis, die tido je. Cume time org duk suap2 mulut die, die macam dah mule nak menangis.. sib baik Pak Muda sempat angkat utk diselawatkan. Tetamu disajikan dengan gulai darat resepi  asli daripada Mak Muda. Alhamdulillah, tinggal akikah saje lagi yang akan dilaksanakan (Insya Allah) pada bulan 6 tahun depan bersamaan kenduri kahwin adik iparku.

Sunday, October 04, 2009

TAG Heuer

I just registered at Lelong.com.my. Jualan murah byk woo.. So excited! So I decided to bid for something I like but not for me. Here it is:

So I won the bid and paid the seller. Now waiting for it to arrive. This is for someone I love :)


Tuesday, September 29, 2009

Petua tidur Rasulullah s.a.w.

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X,
Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali.

Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu? sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.

Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun ..

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh ..

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : ?Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan?. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.


Saturday, September 19, 2009

Raya Preparation

Mcm mana nk kemas rumah ni? tak tahu nk start kat mana. sebab rumah ni banyak sangat barang dan ruang untuk simpan takde. Arghh tolong2. Aku tgh anyam ketupat tadi. hahaha. seronok ape sebab tak ramai yg reti anyam, so kira special skill aku la ni. Hehehehe. Apa2 pon. Get back to work before Mukhlis wakes up.


Thursday, September 17, 2009

True Companion

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and
Nakeer(names of two special Angels), come in the grave and try to separate
this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in
privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion, he
is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are appointed
for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted
into Paradise '.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which
you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice.
Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no
grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihe wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of u

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga raya kali ini memberi kegembiraan dan disambut dgn meriah.

Biasa tiap2 kali raya, aku tak pernah lagi miss balik rumah. Sehari sebelum raya, kami akan bergotong royong memasak. Menu utama biasanya apa lagi kalau bukan rendang ayam dan ketupat nasi. Kami akan anyam ketupat dari daun kelapa. Ayah dan aku pandai menganyam. Yang lain2 aku rasa adik aku Latifah tu bole jugak kut. Aku belajar dari ayah aku. Aku pernah masuk pertandingan menganyam ketupat masa matriks dulu dan group aku dapat tempat pertama (aku pon tak sangka).

Pagi2 kami gi beli barang nak masak la. Sejak ada Mydin Mall ni, kami pergi beli ayam kat situ je. Murah berbanding dengan pasar. Ada la dalam 4-5 ekor. Balik kene la siang ayam plop dan biasanya aku la yg buat tu. Tahun ni tak tahu la sbb kalau ikutkan, pantang aku belum sampai 40 hari lagi. Selain itu, kene la jugak prepare bahan2 for rendang.

Yang masak rendang of course la mak aku. kami anak2 hanya ikut arahan die. Bile dah siap masak rendang, baru la bole duk rilek2 sambil tunggu ketupat plak masak. Biasanya semua masakan dibuat di dalam rumah. Dulu2 ye aaa buat kat luar rumah. So, bukak puasa hari tu makan la rendang dgn nasi and a few other lauk2 yg dibeli (kalau ada la).

Pada malam raya lagi la syok. Kami biasanya akan buat BBQ kat belakang rumah. Seronok suasana memanggang tu. Tukang kipas api digelar Tok Pawang. Hahahaha. Biasa buat BBQ ayam, sotong. Pernah jugak buat ikan pari, tp tak best sgt ah. Berpeluh2 la duduk memanggang tu. Nak sedap kene makan terus lepas panggang tu. Tp kami kene la bawak masuk jugak dalam rumah untuk dimakan oleh org2 dalam rumah.

Lepas tu, kalau ada bunga api, bole la main skali. Kekadang main mercun. Tapi tahun ni aku tak sure la sebab yang biasa beli kakak aku (hohohoho) dan adik aku (hihihihi) yang mana kedua2 nya adalah wanita anggun sekarang ni dan sudah bersuami. Nnt aku tanya adik laki aku lah.

Hari raya, usually makan dulu pagi tu, then semayang raya. Lepas tu, bersalam2 dgn ahli keluarga, then baru la kuar beraya. Husband aku plak datang naik flight kol 1 tgh hari, lambat la aku salam mintak ampun ngan die. Hopefully nnt he'll have a safe journey.


Sekarang semua dah besar. Jiran2 aku dulu pon mana main kat luar rumah dah. Kanak2 dulu lagi seronok bab2 main ni. Walau apa pon, aku skrg dah ada mukhlis, beraya dengan die la. Baju raya die dah Tok Ma die belikan. Baju raya aku? Nampaknya kene la aku pinjam baju mak aku lagi.

Tuesday, September 15, 2009

Watch These

Some of the movies I'm waiting to watch (next week may be)

  • The Confession of Shopaholic
  • Upin Ipin and The Gang
  • Obsessed
  • Ice Age 4
  • Fast and Furious 4
  • Transformers 2
  • District 9
  • Monster vs. Alien
  • Aliens In The Attic
Long way to go! Sempat abis kot semasa pantang nih.

What To Do When Abducted

Everyone should take 5 minutes to read this. It may save your life or love one's life.

Because of recent abductions in daylight hours, refresh yourself of these things to do in an emergency situation... This is for you, and for you to share with your wife, your children, everyone you know..

It never hurts to be careful in this crazy world we live in..

1 . Tip from Tae Kwon Do :

The elbow is the strongest point on your body. If you are close enough to use it, do!

2. If a robber asks for your wallet and/or purse,

DO NOT HAND IT TO HIM . Toss it away from you....chances are that he is more interested in your wallet and/or purse than you, and he will go for the wallet/purse.

RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!

3. If you are ever thrown into the trunk of a car,

kick out the back tail lights and stick your arm out the hole and start waving like crazy. The driver won't see you, but everybody else will. This has saved lives.

4. Women have a tendency to get into their cars after shopping, eating, working, etc., and just sit (doing their checkbook, or making a list, etc.)

DON'T DO THIS!

The predator will be watching you,and this is the perfect opportunity for him to get in on the passenger side,put a gun to your head, and tell you where to go.
AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR, LOCK THE DOORS AND LEAVE.

If someone is in the car with a gun to your head
DO NOT DRIVE OFF,
repeat:
DO NOT DRIVE OFF!

Instead start the engine and speed into anything, wrecking the car. Your Air Bag will save you. If the person is in the back seat they will get the worst of it.

As soon as the car crashes get out and run. It is better than having them find your body in a remote location.

5 . A few notes about getting into your car in a parking lot, or parking garage:

A.) Be aware:

-look around you,
-look into your car,
-at the passenger side floor, and in the back seat

B.) If you are parked next to a big van,

enter your car from the passenger door ...
Some serial killers attack their victims by pulling them into their vans while the women are attempting to get into their cars.

C.) Look at the car

parked on the driver's side of your vehicle, and the passenger side. If a male is sitting alone in the seat nearest your car, you may want to walk back and get someone -guard/policeman to walk you back out.

IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)

6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs.

(Stairwells are horrible places to be aloneand the perfect crime spot. This is especially true at NIGHT!)

7. If the predator has a gun and you are not under his control,
ALWAYS RUN!

The predator will only hit you a running target) 4 in 100 times; And even then, it most likely WILL NOT be a vital organ.
RUN, Preferably in a zig -zag pattern!

8. As women, we are always trying to be sympathetic: STOP

It may get you raped, or killed. Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking, well educated man, who ALWAYS played on the sympathy of unsuspecting women. He walked with a cane, or a limp, and often asked 'for help' into his vehicle or with his vehicle, which is when he abducted his next victim.

9. Another Safety Point:

Someone just told that her friend heard a crying baby on her porch the night before last, and she called the police because it was late and she thought it was weird. The police told her 'Whatever you do, DO NOT open the door.'

The lady then said that it sounded like the baby had crawled near a window, and she was worried that it would crawl to the street and get run over.

The policeman said, 'We already have a unit on the way, whatever you do, DO NOT open the door.' He told her that they think a serial killer has a baby's cry recorded and uses it to coax women out of their homes thinking that someone dropped off a baby.

He said they have not verified it, but have had several calls by women saying that they hear baby's cries outside their doors when they're home alone at night.

Please pass this on and DO NOT open the door for a crying baby ----

The Crying Baby theory was mentioned on America's Most Wanted this past Saturday when they profiled the serial killer in Louisiana

Monday, September 14, 2009

Anger and Love

While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up a stone and scratched line on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times; not realizing he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures. When the child saw his father.....with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?' The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions.......sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'.

The next day that man committed suicide………


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life.....

Things are to be used and people are to be loved, But the problem in today's world is that, People are used and things are loved.

During this year, let's be careful to keep this thought in mind: Things are to be used, but People are to be loved ...

Be yourself....This is the only day we HAVE.


Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.

Sunday, September 13, 2009

Boycott Israel

COMPANY WRITE-UP

What evidence is there to prove that these companies targeted in the boycott campaign are guilty of supporting Israel and its apartheid policies?

Nestle

Nestle is the world's largest food company. Nestle's main presence in Israel is in Sderot, a settlement founded in 1951 one kilometer from the Gaza Strip which is built on the lands of the Palestinian town Al-Najd, which was ethnically cleansed in 1948.

Nestle began investing in Israel in 1995 by buying 10% of Israeli food maker Osem Investments, increasing its ownership to 50.1% two years later giving it the controlling share and now owns a 53.8 percent stake in Osem. Jointly with Osem, Nestle runs a 700 m2 factory in Sderot. In total, Nestle currently has over 4000 Israeli employees at 11 plants, with the following all in "development zones":Tzabar Salads (an Osem subsidiary) plant in Kiryat Gat (on the former site of Palestinian village Iraq al-Manshiyya, destroyed by Israelis after 1948); a ready-baked cakes factory in Ahihud; and a logistics center in Nachsholim (Al-Tantura).

The 1700 m2 Nestle Research & Development center in Sderot is considered particularly beneficial to Osem's growth as it gives [Osem] advantages in technological know-how and increased export opportunities through Nestle's distribution network. Nestle's investment in Osem has meant that its products can reach a global market. Of the 23 global development centers Nestle maintains globally, Osem is becoming a global training center for Nestle staff. It is producing a new breakfast cereal with a technology that is registered as a global patent.

To summarise, Nestle builds on stolen Palestinian lands and sells the products of such an apartheid system abroad so that the Israeli economy can flourish.It is no wonder that Nestle received from Prime Minister Benjamin Netanyahu in 1998 the Jubilee Award, "the highest tribute ever awarded by the State of Israel in recognition of those individuals and organizations,that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy."

Nestle must close its factories in Israel and sell its shares of Osem until Israel acknowledges the Palestinian right of return and right of nation on all historical Palestine. If Nestle knows that it cannot make enough profit in Israel to cover the costs of business lost in the rest of the world, it will have no choice but to divest from Israel.


Coca-Cola

It has been well known that Coca-Cola has been a supporter of Israel since 1966. There have been a number of recent events which clearly prove this.

In 1997, the Government of Israel Economic Mission honoured Coca-Cola at the Israel Trade Award Dinner for its continued support of Israel for the last 30 years and for refusing to abide by the Arab League boycott of Israel.

On October 11th 2001, Coca-Cola World Headquarters hosted and was the main sponsor of the American-Israel Chamber of Commerce Eagle Star Awards Gala.

In February 2002, Coca-Cola teamed up with “Friends of Israel” and National Hillel to cosponsor a lecture given by the infamous zionist correspondent Linda Gradstein at the University of Minnesota.

In July 2002, it was announced that Coca-Cola was to build a plant on stolen Palestinian land at Kiryat Gat, in return for millions in incentives from the Israeli government. The new plant will be employing 700 Israelis. The land, Kiryat (Qiryat) Gat, has an industrial park built on the lands of the village of Iraq Al Manshiya. The residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law. This land would have been part of Arab Palestine under the partition plan adopted by the United Nations in 1947. However, this has not been the case.

In October 2005, Coca-Cola increased its investment in Israel by buying a 51% controlling interest in the Tavor Winery. Tavor Winery is an Israeli company that is based on occupied Palestinian land at the foot of Mount Tavor, overlooking the Sea of Galilee.

Coca-Cola’s support of Israel has helped to oppress the Palestinian people, and for this reason COMPLETE has included Coca-Cola as one of the companies to be boycotted.


L’Oreal

L’Oreal has been present in Israel since 1983 via the Migdal Ha’Emek plant. The settlement of this town was established in 1952 on lands belonging to the ethnically cleansed Palestinian village of al-Mujaydil, whose inhabitants are still denied the right to return to their homes. Like many other Israeli settlements in Palestinian villages, Migdal Ha-emek discriminates against Palestinian citizens of Israel, denying them the right to buy, rent or live on any part of the town, simply because they are “non Jews”.

To reinforce its presence in the country, it established L’Oreal Israel in 1994. L’Oreal Israel manufacturers a line of products using minerals that are from the Dead Sea. This line is called ‘Natural Sea Beauty’ that is exported to 22 countries. What is not known is that one third of the western shore of the Dead Sea lies in the Israeli-occupied West Bank. This part of the Dead Sea is closed to the Palestinians by Israeli military occupation and apartheid practices, while Israel uses the Dead Sea for international tourism, mining and other business activities.

L’Oreal has also awarded a $100,000 “lifetime achievement” award to a scientist at Israel’s Weizmann Institute of Science in July 2008. The Weizmann Institute has been a major centre for clandestine research and development of nuclear, chemical and biological weapons on behalf of Israel’s military with which it has close ties.
For these reasons, COMPLETE calls upon the consumers of Malaysia and all over the world to boycott all products from L’Oreal.


McDonald’s

McDonald’s former chairman and CEO (1998-2002) Jack M. Greenberg was an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry of Metropolitan Chicago.

According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonald’s Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund(JUF)/ Jewish Federation of Metropolitan Chicago. McDonald’s Corporation was honoured during JUF centennial celebration in 2000 as a first tier corporate partner to the cause of Zionism.

Through its Israel Commission, the JUF “works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and,when necessary, responds to counter negative media coverage of Israel”.

The JUF runs its “Partnership to Israel” program with its twinned Israeli Lachish region, comprising the city of Kiryat Gat and the rural areas of Lachish and Shafir. It provides financial aid annually to help the development of Kiryat Gat and to promote further illegal settlements there. This city is built on stolen Palestinian land - the lands of the villages of Iraq al Manshiya and Al-Faluja whose residents were ethnically cleansed in 1949 in contravention of International Law.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


With all these facts and evidence illustrating McDonald’s Corporation unrelenting support to further consolidate the existence of these illegal settlements and causing unabated oppression of the Palestinians, COMPLETE has substantiated its demand to support the boycott of McDonald’s.

We choose to boycott as it keeps on the forefront of our mind the suffering of the Palestinians and puts Palestine on top of our agenda. Our aim is for the boycott to weaken those who oppress Palestinians and make consumers aware of products which are unethically produced. Employees should be made aware of the facts regarding the companies they work for especially if these companies contribute to the Zionists who cruelly oppress the Palestinians and deprive them of their homeland.

Touching Story

SEMOGA JADI IKTIBAR…adapted from: Anonymous

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Home Sweet Home

At last, after a few weeks at my in law house, I'm HOME!! I've been waiting for this moment like what.. AGES? hahaha. Even how bad or "bersepah" or whatever you can say, home is still the best place. Mukhlis seems to be better (hopefully he'll continue to be like this), less crying (may be here not as hot as previously). Papa went back to KL today, leaving both of us here. He'll be back in 1 week time.

He actually already misses us (even though he never mention). He called wanted me to call MAXIS centre and try to activate the video call. Poor thing, he wants to see his son. I'll call but may be sometime later. Hopefully he'll arrive safely, amin..

Well, now at home, I can do pretty much whatever I want, but most of the work I have to do myself. Nobody available for me anymore (unlike previously). I get some, I lose some.. fair enough. Whatever it is...

Nothing feels like home

Friday, September 11, 2009

New Mom

It has been very2 long since I last wrote in this blog. I want to revive this, unfortunately i lost some of the old blogger friends link *sigh.

First of all, I would like to announce that I safely delivered a baby boy, 3.15kg via EMLSCS due to poor progress on 20th August 2009 at Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Today he's already 23days old. Soon we are celebrating Aidilfitri, so I'm going back to my hometown in Terengganu TOMORROW!! I just can't wait. Well, need to pack all things we're taking back home and that starts with mine and baby's.



Syoknye tido


Amir Mukhlis