Skip to main content

Selamat Hari Raya

Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga raya kali ini memberi kegembiraan dan disambut dgn meriah.

Biasa tiap2 kali raya, aku tak pernah lagi miss balik rumah. Sehari sebelum raya, kami akan bergotong royong memasak. Menu utama biasanya apa lagi kalau bukan rendang ayam dan ketupat nasi. Kami akan anyam ketupat dari daun kelapa. Ayah dan aku pandai menganyam. Yang lain2 aku rasa adik aku Latifah tu bole jugak kut. Aku belajar dari ayah aku. Aku pernah masuk pertandingan menganyam ketupat masa matriks dulu dan group aku dapat tempat pertama (aku pon tak sangka).

Pagi2 kami gi beli barang nak masak la. Sejak ada Mydin Mall ni, kami pergi beli ayam kat situ je. Murah berbanding dengan pasar. Ada la dalam 4-5 ekor. Balik kene la siang ayam plop dan biasanya aku la yg buat tu. Tahun ni tak tahu la sbb kalau ikutkan, pantang aku belum sampai 40 hari lagi. Selain itu, kene la jugak prepare bahan2 for rendang.

Yang masak rendang of course la mak aku. kami anak2 hanya ikut arahan die. Bile dah siap masak rendang, baru la bole duk rilek2 sambil tunggu ketupat plak masak. Biasanya semua masakan dibuat di dalam rumah. Dulu2 ye aaa buat kat luar rumah. So, bukak puasa hari tu makan la rendang dgn nasi and a few other lauk2 yg dibeli (kalau ada la).

Pada malam raya lagi la syok. Kami biasanya akan buat BBQ kat belakang rumah. Seronok suasana memanggang tu. Tukang kipas api digelar Tok Pawang. Hahahaha. Biasa buat BBQ ayam, sotong. Pernah jugak buat ikan pari, tp tak best sgt ah. Berpeluh2 la duduk memanggang tu. Nak sedap kene makan terus lepas panggang tu. Tp kami kene la bawak masuk jugak dalam rumah untuk dimakan oleh org2 dalam rumah.

Lepas tu, kalau ada bunga api, bole la main skali. Kekadang main mercun. Tapi tahun ni aku tak sure la sebab yang biasa beli kakak aku (hohohoho) dan adik aku (hihihihi) yang mana kedua2 nya adalah wanita anggun sekarang ni dan sudah bersuami. Nnt aku tanya adik laki aku lah.

Hari raya, usually makan dulu pagi tu, then semayang raya. Lepas tu, bersalam2 dgn ahli keluarga, then baru la kuar beraya. Husband aku plak datang naik flight kol 1 tgh hari, lambat la aku salam mintak ampun ngan die. Hopefully nnt he'll have a safe journey.


Sekarang semua dah besar. Jiran2 aku dulu pon mana main kat luar rumah dah. Kanak2 dulu lagi seronok bab2 main ni. Walau apa pon, aku skrg dah ada mukhlis, beraya dengan die la. Baju raya die dah Tok Ma die belikan. Baju raya aku? Nampaknya kene la aku pinjam baju mak aku lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Iklan Nuffnang Statik

Salam semua! Aku nk share satu bende yang aku rasa sangat bagus untuk blogger2 yang rajin macam aku. Hahaha.. Blogger yang ada akaun Nuff, sila baca yeh! Sedang aku blog walking (ntah mana2 aku sampai), aku terjumpe satu blog ni yang cantik layout die. So aku browse through and found something pasal nuff. Macam mana nk letak iklan statik nuff macam kat blog aku ni? Letak arahan ini <div style="bottom: 5px; position: fixed; right: 5px;"> Letak Kod Nuffnang Sini </div> untuk kod skyscrapper tu. Untuk penjelasan lanjut, sila lihat entry ini http://unwanted86.blogspot.com/2009/11/letak-iklan-nuffnang-statik.html Lepas ni, klik2 senang la. takde la tercari2 :)

Stop smoking

STOP SMOKING PLEASE, IT KILLS YOU! More info please download this booklet or you can always check out this full info loaded site at http://www.infosihat.gov.my/TakNak.html

P30 Pro : A dream becomes a reality

Yerp, this it it. Not just a photo, but a real thing in my own hand. This happened just a few days back, right 1 day before the official launching of Huawei P30 series. My sis in law called in the afternoon, mentioned something was wrong with her phone. So she said, do you have any phone to sell? There was a phone with me for sale (no, I am not a phone seller or something). Then not long after that, she aggreed to buy the phone (Huawei Mate 10pro).