Skip to main content

Erti Cinta & Perkahwinan


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Comments

Popular posts from this blog

Iklan Nuffnang Statik

Salam semua! Aku nk share satu bende yang aku rasa sangat bagus untuk blogger2 yang rajin macam aku. Hahaha.. Blogger yang ada akaun Nuff, sila baca yeh! Sedang aku blog walking (ntah mana2 aku sampai), aku terjumpe satu blog ni yang cantik layout die. So aku browse through and found something pasal nuff. Macam mana nk letak iklan statik nuff macam kat blog aku ni? Letak arahan ini <div style="bottom: 5px; position: fixed; right: 5px;"> Letak Kod Nuffnang Sini </div> untuk kod skyscrapper tu. Untuk penjelasan lanjut, sila lihat entry ini http://unwanted86.blogspot.com/2009/11/letak-iklan-nuffnang-statik.html Lepas ni, klik2 senang la. takde la tercari2 :)

Stop smoking

STOP SMOKING PLEASE, IT KILLS YOU! More info please download this booklet or you can always check out this full info loaded site at http://www.infosihat.gov.my/TakNak.html

P30 Pro : A dream becomes a reality

Yerp, this it it. Not just a photo, but a real thing in my own hand. This happened just a few days back, right 1 day before the official launching of Huawei P30 series. My sis in law called in the afternoon, mentioned something was wrong with her phone. So she said, do you have any phone to sell? There was a phone with me for sale (no, I am not a phone seller or something). Then not long after that, she aggreed to buy the phone (Huawei Mate 10pro).