Skip to main content

10 Mayat Tidak Busuk

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN danTIDAK MINUM, TIDAK DUDUKdan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw"Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu"itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian"Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati."Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .. "LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN"(Riwayat Ahmad)

DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN

Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak"(Riwayat Anas r.a.)

SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!!Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!
JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!

Comments

Popular posts from this blog

Stop smoking

STOP SMOKING PLEASE, IT KILLS YOU! More info please download this booklet or you can always check out this full info loaded site at http://www.infosihat.gov.my/TakNak.html

Online Shopping

Kawan2 semua! Saya dah pon baru2 ni melancarkan satu lagi laman blog untuk ditatapi kawan2 semua. Saya menyediakan items berupa berbagai jenis beg yg berkualiti pada harga rendah. Purse Handbag Sling Bag Laptop/notebook bag Sehubungan dengan itu, sudi2kan lah menjenguk blog saya ini http://trend2style.blogspot.com. Sesiapa nak exchange link, boleh la bagitahu saya ok.

Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya... pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...? guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengam...